Sunday, April 11, 2010

Bahasa Quran Cara Mudah

Kursus ini memerlukan 25 jam kuliah, 60 latihan, 16 kuiz dan 2 exam. Apabila tamat, peserta akan mengetahui 70% perkataan dalam Al-Quran (300 perkataan yang diulang sebanyak ~55,000 kali). Agak mencabar juga ya? Yakin BOLEH kita BOLEH. Insyaallah.

http://www.understandquran.com/courses/basic-course/english.html

Saya sediakan contoh matlamat mengikuti kursus ini:

Saya melihat diri saya pada satu ketika di tahun 2011 sedang solat di dalam sebuah masjid. Saya mendengar imam membaca ayat-ayat Al-Quran dan saya faham secara jelas setiap perkataan yang disebutkan oleh beliau kerana saya telah mengikuti kursus ini. Ayat tersebut mengenai ancaman kepada manusia kerana lalai dan alpa, minda saya dapat berfikir dan memproses ayat-ayat Al-Quran tersebut sehinggalah hati saya tersentuh dan merasakan air mata saya mengalir perlahan-lahan membasahi pipi. Kemudian apabila imam membaca ayat Al-Quran mengenai kenikmatan surga yang dijanjikan kepada orang yang taat dan sabar, minda saya faham dan dapat memproses setiap perkataan sehingga hati saya tersentuh dan membuatkan bibir saya bergerak, tersenyum gembira. Penghayatan dan khusyuk saya dalam solat itu amat baik sehingga minda dan jiwa saya memberikan fokus yang sepenuhnya terhadap solat itu.

Diharap rakan-rakan yang lain juga dapat menghasilkan matlamat sendiri yang jelas seperti ini supaya ia dapat menjanakan kuasa untuk menarik kita menuju ke arah matlamat itu. Kalau mahu lebih efektif, selepas sediakan matlamat, tekan pada satu tempat di badan untuk menyauh. Setiap kali hendak mula latihan, tekan tempat itu dan ingat balik matlamat tersebut. 
 

Terdapat 60 latihan, jika setiap minggu melakukan satu, kita perlukan 15 bulan, jadi kursus ini dijangka tamat pada Jun 2011. Pasang niat dan lakukan perancangan, insyaallah menjadi... kita YAKIN kita BOLEH!

No comments:

Post a Comment